- Home
- Destination
- View
History
Description
Bukit Keteri terletak di Kampung Bukit Keteri, 10 km dari Kangar, Perlis.
Bukit ini sangat popular dengan aktiviti rock climbing.
Laluan mendaki di Bukit Keteri ditemui melalui program Ekspedisi Mammut pada tahun 2007.
Bukit ini berketinggian 131 meter dan tahap kesukaran bagi aktiviti rock climbing di bukit ini adalah paling sukar di Asia berdasarkan Perlis Climbers.
Bukit Keteri merupakan pembentukan batu kapur karst yang terkenal.
Keunikan Bukit Keteri ini adalah mempunyai menara dan gua batu kapur.
Menara batu kapur yang dikelilingi oleh sawah padi menawarkan satu pemandangan yang indah kepada pendaki ketika berada di puncak bukit ini.
Gua yang terdapat di Bukit Keteri mempunyai ruang yang besar dikatakan mampu memuatkan sebuah jet jumbo.
Pendaki akan mengambil masa hanya beberapa jam untuk sampai ke "Tingkap Belly Button" yang menawarkan pemandangan indah
Permukaan dinding batu yang tegak memberikan satu cabaran kepada pendaki yang meminati aktiviti mendaki.
Facility
Schedule
Reviews
Leave a review Reviews