- Home
- Destination
- View
History
- Kampung Paya Guring terletak di Pauh, Perlis.
- Homestay ini mula beroperasi pada tahun 2003.
Description
Kampung Payu Guring terletak dalam kawasan Pauh. Ia juga berada dalam lingkungan institusi pengajian tinggi awam seperti UiTM Arau, Kolej Matrikulasi Arau, Politeknik Syed Sirajudin, dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Homestay ini mula beroperasi pada tahun 2003.
Ia menyediakan pakej homestay bagi pengunjung yang ingin merasai kehidupan suasana kampung. Pengunjung/penginap homestay ini, akan menikmati pelbagai aktiviti seperti kampung tour dan persembahan dari Pasukan Kebudayaan Kampung Paya Guring.
Kampung Tour dijalankan di mana, warga penduduk Homestay Kampung Paya Guring, akan membawa pengunjung untuk berjalan sekitar kawasan kampung-kampung dan boleh melihat ladang kebun mangga harum manis, pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti durian dan mangga epal. Lawatan kampung ini juga akan membawa pengunjung ke kawasan sawah padi. Antara kemudahan yang disediakan ialah sebuah surau, balai sidang, dewan terbuka, dataran dan pentas untuk persembahan.
Harga tempahan homestay adalah RM 120/malam.
Facility
- Car Parking
- Toilet
- Masjid / Surau
Schedule
Reviews
Leave a review Reviews